Rasa

Melarat hati ini
Tak siapa yang tahu  
Benar kadang hidup hanya puaskan hati mereka di sekeliling
Hati kita? Hati aku?
Siapa kisah...

Kenapa hati dan perasaan mereka saja yang aku perlu lihat
Senang.
Melontar kata
Meluah rasa tidak suka, rasa benci
Apa kamu fikir aku tak punya rasa?
Apa kamu fikir pendapat kamu saja yang perlu dicanang pada satu dunia?
Apa kamu fikir di lubuk hati aku, tiada yang terpendam?

Ya,semua disimpan disini
Di dalam diri
Di dalam hati
Jangan sampai hati mati, tak peduli sama kamu lagi.
Jangan, aku ulang.

Hubungan yang berpihak pada satu pihak tak membawa ke mana
Tiba tiba aku tersedar
Melebih lebih kah aku
Terlebih suka, terlebih sayang
Padahal mereka?
Tak merasa apa apa
Sedih. Itu saja mampu ku ucapkan.

Hubungan ku dengan Tuhan
Penguat selama ini ku bertahan
Pada siapa lagi mahu disandarkan
Pada siapa lagu mahu dicerita semua keresahan hati
Pada manusia hipokrit?
Yang di depan aku berpura bak malaikat
Di belakang? Di tikam tikamnya sehingga berdarah, kemudian gelak suka

Berceritalah padaNya, Dia Maha Mendengar
Menangislah padaNya, Dia Maha Melihat
Jangan pernah malu,
Aku tak malu
Tak malu untuk meminta sama Tuhan
Aku pinta Tuhan sentiasa pelihara hidup ini

Tuhan Maha Adil
Tak selamanya aku sakit
Dikurniaku sesuatu yang boleh membantu
Tak terbalas rasanya dengan apa yang telah diberi
Kenangan yang dikongsi akan ku ingat sampai mati
Sampai mati

Ingin ku lakukan 'revolusi' pada diri ini
Perubahan yang bakal mengubah hidupku total
Untuk mendengar pendapat, aku buka ruang itu
Untuk meluah rasa, juga masih ku buka
Tapi untuk memuaskan hati kamu
Maaf, aku sudah tutup.
Tutup

Terima kasih Tuhan atas semuanya
Syukur masih dipinjam nyawa sehingga detik ini
Andai esok aku sudah tiada
Hanya keampunan ku mohon dariMu.
Hanya kemaafan ku pinta dari manusia.


Salam
Dari diri yang sudah tidak tahan mahu pendam lagi.

5 Jan 2017,0320,Bumi Minden

Asnida Razak :) 


















Comments

Popular posts from this blog

membaca..

tHe BeZ daY eVer....