Jangan menilai

Assalamualaikum .

Dah masuk hari ke 14 kita berpuasa. Alhamdulillah. Allah bagi kesempatan untuk kita merasai manisnya Ramadhan. Macam mana terawikh ? Harap penuh la ye.. Bukan selalu nak buat terawikh ni. Setahun hanya sekali . :)

So harini nak sembang sikit pasal
"JANGAN MENILAI" 

Mesti kita selalu dengar pepatah Inggeris ada kata " Dont judge a book by its cover ". 
Yes aku mengaku kadang2 aku ni pun suka jugak judge orang. Tapi bila kena kat batang hidung sendiri bila ada orang judge aku, I have that kind of feeling that tak suka lah bila ada orang judge kita. They dont know us right. So how can they easily nak judge kita. So I think that's how people feel when I judge them. So berhenti judge orang. Husnudzon (bersangka baik) lah selalu. (*kadang2 perangai burok ni dok mai menerjah diri. Maafkan patik :P hehehe )

Sini aku ada few examples yang kena ja dalam life kita.

Contoh 1 (bagi kena sikit dengan bulan posa) : Bila berjalan jalan kat bazar Ramadhan ni ramai yang kita akan tengok suka membazir dalam membeli juadah berbuka. Di rumah yang nak makan tu just 3 mulut ja tapi beli macam 10 orang makan (*sigh) . Suddenly kita terpandang satu pak cik yang bawak punya banyak beg plastik kat tangan. Dalam kepala otak ni mesti kita fikir " membazirnya pak cik ni. Beli banyak2 sapa nak makan".. Sabar.. Husnudzon . mana nak tau dia tak beli untuk family tapi untuk  dia sedekahkan kat orang ramai ataupun untuk dia nak bagi kat orang masjid/surau buat berbuka atau memang kat rumah dia memang ramai orang . Mana kita tau. :)

Contoh 2 : Selalu bila kita tengok perempuan bertudung labuh atau lelaki yang selalu berkopiah/bersongkok/ berserban dengan satu feeling yang mereka ni golongan yang takkan buat salah. Alim lah kiranya. No. Mereka jugak manusia yang tak sempurna. Ada buat salah silap jugak Tapi kita sebagai khalifah Allah kat muka bumi kenalah selalu berusaha untuk perbaiki diri . Kadang tu jugak people will judge woman with long scarf ni tak mampu nak buat itu ini.Contohnya aktiviti lasak. "Ohh dia pakai tudung labuh. Bolehkah dia nak join sekali dengan kita?". (*sigh) .. and another thing pleaselah moga kita dapat buang dalam diri kita that attitude yang judge orang dari segi penampilan. Jangan samakan penampilan luaran dengan perangai diri. Setiap orang berbeza. Tak semestinya dia pakai tudung bidang 45 or tak berserban , dia tak baik .Pakai tudung labuh bidang 60 and or selalu berkopiah dia baik. Tak semestinya hokayy. And tak semestinya kita dah kenal perempuan pakai tudung biasa tu jahat , orang lain yang pakai tudung biasa tu jahat jugak or vice versa :) "Dont judge someone by his/her appearance "

Contoh 3 : Kat sekolah mesti akan ada kaki bodek cikgu.Mesti. Confirm. (Yakinnya aku menulis..hehehe) . Tiba2 kita tengok kawan kita tolong cikgu angkat buku ke bilik guru.Mula lah dalam hati "Hmmm nak bodek cikgu lah tu" *aku tepuk dahi.. Adoiii cik kak... Ni dah kira judge kawan kita dah tu. Kita tak tahu nawaitu sauma ghodin *eh   dia . Dia ikhlas nak tolong cikgu. Kita seronok judge dia.

Oklah tu hakak habang. 3 contoh cukup lah kuuuutttt... Nak contoh lain cer flashback balik. Mesti punya lah kita pernah judge. Aku berani potong carrot  * buat jus carrot susu :P *ni bukan judge hampa tau.

Moga kita dapat sama muhasabah diri di bulan Ramadhan Mubarak ni. Moga Ramadhan ni memberi seribu hikmah buat kita.

*Kalau ada tersilap bahasa dalam real life for those yang kenal aku and adalah kiranya post2 aku yang maybe mengguris perasaan atau tersentap nokk tu aku mohon maaf.

Nota kaki :
Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing2 . Jangan judge orang sebab kita tak tahu situasi hidup dan diri orang tersebut. Jangan jugak jumudkan (sempitkan) fikiran dan minda. Bukak sikit minda tu. Be positive. :)
*Jangan judge aku pulak. For those yang kenal aku , maybe aku kurang bercakap . Tapi once hampa mula bercakap dengan aku memang aku banyak cakap.  :3  Sebab aku jenis orang yang hampa kena mai cakap dulu.. heheheh...

Assalamualaikum.

Asnida Razak









Comments

Popular posts from this blog

membaca..

Rasa

tHe BeZ daY eVer....