Dengan izin Allah

Assalamualaikum..

Dengan izin Allah (In shaa Allah) membawa maksud yang sangat besar.

"Ha boleh. aku boleh pi"
Apa kata dari sini kita berubah untuk kata "In shaaAllah aku boleh pi"
"Dengan izin Allah aku boleh pi."

Selalunya dalam situation macam ni ada sesetengah orang yang akan gunakan "in shaa Allah" tu sebagai perkataan selamat untuk dia tak buat or hadir ke sesuatu benda. Its like kita berjanji just tak sampai 50% . Actually amat salah kalau kita rasa macam tu. Dia sama ja lah dengan berjanji tapi tak ditepati.

In shaa Allah ni ibarat pergantungan hidup mati kita terhadap Allah. "Dengan izin Allah" ya dengan izin Allah kita akan sampai atau buat sesuatu hal. Semuanya dengan keizinan Allah.

Macam tu jugak pergantungan kesihatan kita. Selalu seseorang tu akan rasa "ohh ubat tu kalau makan lega punya"
Ubat tu sebagai salah satu ikhtiar hang untuk lega dari sesuatu penyakit , tapi kesembuhan tu sendiri datangnya dari izin Allah :)

Abah sendiri pernah pesan "jangan cakap macam tu. Dah kira kita hilang pergantungan kat Allah dah. cakap macam ni "In shaa Allah lega makan ubat ni " "

Allah Asy-Syaafi -Allah Yang Maha Penyembuh

Percaya dengan kekuasaan Allah . Semuanya dengan izin Nya. Aku juga masih bertatih dalam mengenal Tuhan dan agama. Moga segalanya dipermudahkan. in shaa Allah :D

Assalamualaikum.

Asnida Razak :)

Comments

Popular posts from this blog

Tanggungjawab dan Pengalaman

Rasa

Kenapa pilih biologi ??