Tanggungjawab dan Pengalaman

Assalamualaikum.

Pejam celik pejam celik dah nak habis sem 2 dah kat sini. Sat ja rasa masa berlalu. Doakan moga exam nanti dan resultnya baik baik sahaja in shaa Allah.

Tanggungjawab dan pengalaman. Thats the thing yang aku nak sembang harini.

Tak semua orang dapat rasa pengalaman diberi kepercayaan untuk pegang satu2 jawatan yang mana mungkin lebih berat aku katakan memegang satu tanggungjawab or amanah.

Alhamdulillah tahun pertama berada di sini telah banyak mengajar aku erti tanggungjawab dan amanah dan banyak jugak bagi pengalaman baru yang tak semua orang akan dapat.

Tapi.

Its not an easy thing man pegang jawatan ni

Tak semua orang tahu keperitannya
Tak semua orang tahu kesusahannya
Tak semua orang tahu manisnya
Tak semua orang tahu seronoknya
Yang pasti yang mengetahui semuanya cuma Yang Maha Tahu .

Telinga kena tahan dengar caci maki
Mata kena tahan dari turunnya hujan
Tangan dan kaki kena tahan peritnya sibuk bekerja.

Tapi yakinlah ada ganjaran pahala menanti .Ikhlaskan diri.
Kadang dirini tak sempurna.Ada masa merungut, ada masa memberontak, ada masa rasa tak puas hati ja memanjang. Tapi bila diingatkan balik dah kalau aku tak sanggup nak hadap semua ni kenapa aku terima pada awalnya.

Antara pengalaman yang aku tak dapat lupa adalah menjadi pengarah projek untuk satu ceramah agama.

Penat tapi manis. Badan, mental penat tapi di pengakhirannya bila dikenang kembali betapa berharganya pengalaman tu. Manisnya ukhwah yang terbina. Dari tak mengenali tapi sekarang bila jumpa alhamdulillah dah boleh bertegur sapa.

Yes bukan senang nak jadi pengarah projek. Merangka satu2 projek yang memakan masa lama. dengan procedurenya . Astaghfirullah boleh bikin hati stress. Merangka projek bukan ambik masa minggu depan nak buat minggu ni baru nak plan. Nope .Its not that easy. Kadang projek yang persiapannya sebulan pon bila datangnya hari kejadian tetap ada cacatnya.

Bila menjadi pengarah projek semua terletak kat bahu jemala patik. Dari memberi tugas pada ajk hingga sekecik2 perkara yang kadang2 tak terfikir dek akal. Bagi menyenangkan kerja, pengarah projek tu sendiri kena buat list tugas untuk anak buah. sebab kadang2 bila difikirkan balik tu projek hasil rekaan minda pengarah tu sendiri so pengarah kena bagi2 tugas untuk anak buah. kadang anak buah takut untuk buat keputusan sendiri sebab takut tak kena di buah fikiran pengarah. Kadang rasa marah jugak bila sekecil kecil perkara pon ajk tak boleh nak ambil tindakan. Tapi menjadi ajk projek pun bukan benda senang. Macam yang aku kata kat atas nampak macam ajk tak buat apa kan just pengarah ja yang fikir semua ..tapi tak... ajk pon ada jugak kena main peranan. mungkin bagi idea yang kadang2 pengarah tak terfikir pon idea sebernas tu. Walaupun kalau hang dah berjaya  conduct projek ,tak semestinya projek seterusnya hang still akan berjaya dengan hanya mengharapkan pengalaman dari projek lepas. Setiap projek ada cabaran tersendiri. Pengalaman jugak ada yang tersendiri,

Apa yang aku pasti pengalaman mendewasakan diri seseorang. Jangan lokek untuk berkongsi pengalaman berharga hang dengan rakan lain dan junior. Mungkin pengalaman tu boleh membantu mereka dalam menjalankan projek mereka dan pengalaman tu tak semestinya boleh diadaptasi dalam melakukan projek tapi boleh jugak diadaptasi dalam kehidupan seharian.





Pesanan penaja :

Jangan kedekut dalam berkongsi ilmu pengalaman.
Ikhlaskan diri dalam memegang tanggungjawab.

*Pesanan untuk diri sendiri jugak .

Assalamualaikum :)

Asnida Razak 








Comments

Popular posts from this blog

membaca..

Rasa

Kenapa pilih biologi ??