Kenapa pilih biologi ??

Assalamualaikum ..

"Kenapa pilih Biology??"
"No komen"... jawapan retis sangat bunyinya. hahahha...

No lah basically sebab waktu matrik subjek tu ja yang aku gila skor pon. amboi riak nya.ngeh ngeh ngeh *ok abaikan.

Bila tanya kawan kawan kenapa ambik Bio. Ada yang cakap "oh sebab aku ingat Bio ni belajar macam doktor" Hakikatnya salah sama sekali. Aku baru 2 semester ambik Bio ni (belum ambik major) . For my first semester in this university, the Bio subjects that kena ambik are biodiversity (animal and plant diversity) and ecology , second semester; only genetics (ha yang ni bolehlah berangan ala-ala budak perubatan gitu) . Biology ni hang tak belajar sangat pasal human. Banyak main dengan animal, plants, fungi, bacteria and etc. Pokoknya belajar pasal alam lah.

Lagi satu,  ingat bila ambik course Biology ni boleh lah escape dari maths , chemis semua. Ya itu tak mungkin terjadi kerana semuanya ada kena mengena. Kadang kami ni rasa macam ambik course lain, bukan ambik Bio. Mana tak nya waktu first sem kena ambik organic chemis and second sem kena ambik calculus and inorganic chem. Parah. Memang parah. Tapi aku rasa benda ni jadi sebab kami still dikatakan in foundation. So memang kena ambik subjek2 dari other school (di USM dipanggil school atau lebih dikenali Fakulti di universiti lain) . Tahun pengajian untuk intake aku baru start 4 tahun, so during our third year baru kami dapat major.

Berkaitan dengan major ni pon eden poning gak nih. Still tak decide betul-betul lagi nak ambik major apa. Major yang dok dalam minda angan-angan tu ada lah. Disebabkan aku dari Pure Biology so pilihan major adalah Zoology, Botany, and Microbiology . So angan-angan tu  nak la ambik Microb. Tapi kalau tak dapat, Zoology pon ok. Tapi kan aku teringin gak nak ambik major Environmental Biology but ni major Applied students. Tapi boleh ja mintak. So nampak dak tamaknya Asnida dalam memilih majornya,hak hak hak.. Tapi ni semua dalam angan-angan ja lah dulu. Nanti-nanti lah fikir bagi betul and buat wise decision.

Ada jugak yang hina orang-orang yang ambik course Bio ni.

"Hmm ambik Bio ka?? Hahhaahha" *gelak?! amboi kak.. jaga sikit
"Nih ambik Bio nanti nak kerja apa?" * ni soalan kebanyakan pakcik dan makcik-makcik.

Banyak ja skop kerja budak Bio ni. But tak silap aku banyak dalam sektor swasta. Actually kan if tak dak Biologist di muka bumi indah ciptaan Ilahi ni , tak dak la kajian pasal DNA, pasal kacip fatimah yang mak cik-mak cik dok makan, concern pasal those endangered sp..
Ni idok ..jumpak ja muka-muka bakal Biologist ni pandang slack ja. Pernah sekali ada senior tanya aku ambik course apa. Jawab ja Bio ,terus senior tu buat muka. Amboi cantik noo muka tu cik kak.
Haishhh geram  pulak bila di ingatkan balik. Ni lah cabarannya menjadi pelajar Biology.


Cari mana aku..hehehehe (last genetic lab session) 


During my field trip at Orang Utan Island in Bukit Merah to complete mini thesis 


Practical @ CEMACS, USM 


Practical : Forest 

Nota kaki ( bukan nota mintak kaki )
 Every course ada kesusahan and cabaran yang tersendiri. Jangan pandang hina course seseorang or apa bidang pon yang dia ambik, keep on supporting him/her. Rezeki hidup masing-masing Tuhan dah aturkan yang terbaik untuk kita. :)

Assalamualaikum.


Asnida Razak



Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

membaca..

Rasa